Back to Teambuilding
Outdoor By zoraiaziz069 4 min read

Explorace: A Race to Oneness

Explorace: A Race to Oneness
Explorace: A Race to Oneness
Explorace: A Race to Oneness
Gallery Thumbnail
Gallery Thumbnail
Gallery Thumbnail
Gallery Thumbnail
Gallery Thumbnail
+6 photos
"Bukan sekadar lari-lari cari checkpoint, tapi ini drama persahabatan, strategi, dan pembakaran kalori!"

๐Ÿ“‹ Profil Ringkas Aktiviti

  • Saiz Kumpulan: 5 hingga 6 orang sekumpulan (Cukup ideal โ€” tak terlalu ramai sampai ada yang โ€˜menumpangโ€™ lalu, tak terlalu sikit sampai terasa sangat penat berlari).

  • Jumlah Kumpulan: 3 hingga 10 kumpulan (bergantung kepada jumlah peserta)

  • Masa Diperlukan: 2 hingga 3 jam (Masa yang cukup untuk buat otak gelisah dan peluh jantan keluar tapi tak sampi ke tahap nak pitam).

  • Tahap Fizikal: Moderate to Hyper (Sediakan kasut sukan, air minum yang cukup, kain lap peluh, dan mental yang kental!).

๐Ÿ’ก Matlamat Utama (The Real Aim)

Meletakkan peserta dalam kancah tekanan masa, situasi yang kerap berubah, serta pelbagai cabaran yang nampak macam perisian zaman kanak-kanak โ€” tapi sebenarnya menguji tahap kebijaksanaan dan kesabaran tahap dewa!

๐ŸŽฎ Cara Explorace Dijalankan (Fasa demi Fasa)

Fasa 1: Misi Awal & Pertukaran Kad

  • Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad bernombor.

  • Tugas pertama? Setiap kumpulan kena berinteraksi dan bertukar-tukar kad dengan kumpulan lain sampai berjaya kumpul 5 keping kad yang mempunyai nombor yang sama. (Di sini proses networking dan tawar-menawar secara halus bermula!).

Fasa 2: Misi Checkpoint & Nostalgia Mania

Peserta perlu meredah 5 hingga 8 Checkpoint. DI setiap checkpoint, ada tugasan 'mencabar jiwa dan minda' yang perlu diselesaikan, antaranya:

  • Lompat Getah: Menguji fleksibiliti pinggang yang dah lama tak bersenam.

  • Batu Seremban: Menguji koordinasi mata, tangan, dan kehalusan seni jemari.

  • Berbalas Pantun: Menguji kepintaran otak spontan dan jiwa seni yang tersembunyi.

  • Koir Terbaik: Menguji tahap kepalsuan vokal dan keupayaan menyanyi tanpa rasa malu!

  • Baling Kasut: Permainan lagenda yang menguji sasaran dan memori zaman kecil.

Checkpoint untuk kanak-kanak:

  • Misi Pemburu Semut: Kumpul 10 ekor semut! Menguji kecekapan mata, ketelitian jemari, dan sifat penyabar tahap dewa. (Nota: Semut hidup ya, bukan lukisan semut!)

  • Misi Botanis Cilik: Kumpul 10 helai daun yang berlainan warna. Menguji daya pemerhatian, sifat peka pada alam sekitar, dan kebolehan membezakan 'daun hijau biasa' dengan 'daun hijau muda'!

  • Misi Wartawan Cilik: Dapatkan nama penuh 3 orang guru pengiring anda. Menguji keberanian bertanyak khabar, adap berkomunikasi, dan cara memecahkan 'rasa takut' dengan cikgu sendiri.

  • Misi Konsert Sekolah: Nyanyikan lagu sekolah bersama salah seorang guru pengiring anda! Menguji semangat patriotisme sekolah, keberanian persembahan, dan tahap kemerduan vokal (walaupun kadang-kadang ke laut).



โš ๏ธ Amaran Mesra: Masa yang diberikan memang direka khas supaya tak cukup! Jadi, kalau anda kerkebil-kebil masa nak berselfie kat checkpoint, memang nahaslah.

Fasa 3: Drama Kemuncak di Dewan

  • Semua kumpulan wajib sampai dan berkumpul di dalam dewan sebelum wisel penutup ditiup.

  • Sistem Ganjaran Kepantasan:

    • Kumpulan yang paling awal mendarat di dewan akan dapat ganjaran 30 keping kad abjad.

    • Kumpulan seterusnya dapat kad makin sikit... dan yang paling lambat? Dapatlah baki-baki kad yang ada (sambil diselimuti rasa penyesalan).

Fasa 4: Plot Twist! (The Grand Finale)

Ingat bila dah sampai dewan boleh duduk santai sambil minum teh? Tidakkk! Explorace belum tamat!

  • Arahan baru diberikan: Setiap kumpulan kena susun kad abjad yang mereka dapat untuk membentuk satu ayat rahsia.

  • Pembayang (clue) akan terpapar di skrin besar (wide screen).

  • Kunci Kejayaan: Kumpulan yang sampai awal mungkin ada banyak kad, tapi mereka TETAP takkan cukup kad untuk lengkapkan ayat itu bersendirian. Mereka terpaksa bekerjasama, berunding, dan menggabungkan kad dengan kumpulan lain! Tadaa~ dari persaingan terus jadi perpaduan!







๐Ÿ”ฅ Kebaikan & Impak Aktiviti (The Secret Sauce)

Kenapa modul Explorace ini sangat power untuk pembinaan pasukan? Ini jawapannya mengikut penilaian pakar:

  1. Kerjasama Mutlak / Teamwork (100/100):

    • Plot twist Tak Tersangka di fasa akhir memaksa semua kumpulan melepaskan ego masing-masing.

  2. Komunikasi Berkesan & Pemikiran Kritis (95/100 & 90/100):

    • Menguji cara pasukan menyusun strategi masa, membahagikan tugas kecil, dan menyedari dengan pantas (Aha! moment) bahawa jawapan sebenar memerlukan penggabungan kad dengan "musuh" persaingan mereka.

  3. Kreativiti, Inovasi & Faktor Keceriaan / Fun Factor (95/100):

    • Elemen permainan tradisional seperti batu seremban dan baling kasut bukan sahaja membangkitkan nostalgia manis, malah buat peserta gelak ketawa sampai hilang stres kerja!

  4. Keterlibatan Aktif & Adrenalin (95/100 & 80/100):

    • Tiada istilah "penonton setia" dalam modul ini. Semua orang kena bergerak, melompat, menyanyi, dan berfikir. Debaran makin memuncak bila masa makin suntuk untuk balik ke dewan!

  5. Empati & Toleransi (85/100):

    • Melatih sifat sabar dan bertimbang rasa terhadap ahli pasukan yang mungkin kurang pantas, serta belajar menerima kumpulan yang tiba lewat dengan dada yang terbuka.

Singkat kata: Explorace ini bukan sekadar aktiviti penat kaki, tapi persediaan mantap untuk membina pasukan yang agile, kreatif, dan bersatu hati!

Written by zoraiaziz069

XTechRM Outdoor Experiential Learning & Emotional Intelligence Specialist

Explore Teambuilding Programs
CAPTURE THE MOMENTS

Program Photo Gallery

Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image
Gallery Image